Prof. Dr Suriyani Muhamad dilantik TNC UMT

Prof. Dr Suriyani Muhamad dilantik TNC UMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima pelantikan baharu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Suriyani Muhamad berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.

Memiliki latar belakang akademik dalam bidang ekonomi dan merupakan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT semenjak 2022.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat universiti berkenaan pelantikan Suriyani adalah bagi tempoh dua tahun dan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman di Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya baru-baru ini

Azlinda berkata, pihaknya yakin dengan pelantikan itu akan terus memperkasa pembangunan akademik dan agenda pengantarabangsaan di UMT.

Sementara itu, Profesor Ts. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir dilantik sebagai Pro Naib Canselor (Strategi, Prestasi dan Korporat).

Sebelum ini, Mohd Fadzil menyandang jawatan sebagai Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT selama lima tahun bermula 2019.

Maizura yang sebelum ini merupakan Pengarah, Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Akademik pula dilantik sebagai Pro Naib Canselor (Industri, Masyarakat dan Digital).

Pelantikan kedua-duanya berkuat kuasa pada 5 Disember tahun lalu.

Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, pelantikan tersebut dilihat bakal meneruskan agenda pemerkasaan UMT sebagai peneraju utama bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik negara, sekali gus mampu memacu pembangunan ekonomi komuniti
menerusi Dasar Ekonomi Biru.

Beliau turut menyeru warga UMT agar sama-sama berganding bahu dalam meningkatkan lagi keterlihatan universiti ke persada antarabangsa serta meletakkan nama UMT sebaris dengan nama universiti terkemuka lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya