Produk gula-gula gummy dilarang dijual di semua platform jualan - KKM

Produk gula-gula gummy dilarang dijual di semua platform jualan – KKM

CONTOH gula-gula 'gummy' jenis mata yang dipercayai telah dimakan oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun sebelum tercekik dalam satu kejadian di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati produk gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata yang menyebabkan seorang murid tercekik dan meninggal dunia menyalahi keperluan pelabelan makanan.

Menurut KKM, ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].

KKM menegaskan, produk ini adalah dilarang penjualannya di semua platform atas talian dan pasaran domestik, serta tindakan

penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan tersebut.

“Dalam masa sama, orang ramai terutama ibu bapa adalah diminta untuk memantau dan menasihati anak-anak supaya lebih berhati-hati

dalam pemilihan makanan, terutama makanan yang mempunyai risiko tercekik.

“Bahaya tercekik adalah satu risiko yang signifikan, terutama dalam kalangan bayi dan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KKM berkata, riisiko ini meningkat apabila makanan tidak dikunyah dengan sempurna atau ditelan secara keseluruhan.

Jelasnya, insiden tercekik lebih kerap berlaku dengan makanan yang keras, kenyal, kecil dan berbentuk bulat yang mudah tersekat di saluran pernafasan.

“Sebarang pengambilan apa-apa makanan oleh kanak-kanak hendaklah berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“KKM akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

Dalam pada itu, KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) memaklumkan, saiz atau bentuk sesuatu makanan adalah tidak dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983.

Ia kecuali bagi “konfeksi jeli terkawal” dengan saiz dan bentuk yang berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter hendaklah dilabel dengan “AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan perkataan “TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN”

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan atau melihat sendiri insiden keselamatan makanan, mereka juga boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Selain itu, pnegguna boleh melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM serta Facebook PKKM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya