PRK DUN Ayer Kuning: Mesyuarat Khas SPR 7 Mac

PRK DUN Ayer Kuning: Mesyuarat Khas SPR 7 Mac

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya kecil tersebut.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu.

Katanya, ia berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas PRK itu akan diadakan dan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isham meninggal dunia selepas rebah sewaktu menghadiri Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru antara Pulau Pinang, Perlis, Kedah, dan Perak yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau mewakili Barisan Nasional (BN) sejak November 2022 termasuk sebagai Pengerusi BN Parlimen Tapah selain pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Penolong Pengurus skuad senior Perak FA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya