Presiden Turkiye terima dianugerah ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa

Presiden Turkiye terima dianugerah ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa

RECEP Tayyip Erdogan ketika menyampaikan Syarahan Umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Tuanku Canselor Universiti Malaya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan dalam Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya (UM).

Menurut kenyataan UM, penganugerahan ini adalah berdasarkan kepimpinan cemerlang beliau dalam hubungan diplomatik dan peranan signifikan di pentas antarabangsa.

Katanya, sebagai Presiden Türkiye sejak 2014 dan Perdana Menteri dari 2003 hingga 2014, Erdoğan telah memperkukuh hubungan Türkiye dengan kuasa besar dunia serta negara membangun, menjadikan Türkiye sebagai pemain utama dalam isu politik global dan diplomasi dunia Islam.

“Kesemua pencapaian ini selari dengan aspirasi UM dalam mengiktiraf tokoh berwibawa yang memberi impak besar kepada dunia melalui kepimpinan, diplomasi, dan usaha kemanusiaan.

“Penganugerahan ini bukan sahaja sebagai tanda penghormatan tetapi juga pemangkin kepada usaha universiti dalam mengangkat kecemerlangan akademik dan memperkukuh hubungan antarabangsa,” katanya hari ini.

Konvokesyen Khas tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam ucapannya berkata, UM terus komited dalam memperkukuh kecemerlangan global menerusi semangat kerjasama erat, jalinan persahabatan antarabangsa, serta pemeliharaan nilai, norma, dan etika kemanusiaan sejagat.

“Ini selari dengan aspirasi UM untuk membentuk wadah strategik jangka panjang yang memberi impak besar kepada dunia.

“Penganugerahan ini bukan sahaja bermakna dan bersejarah, malah menjadi pemangkin kepada usaha UM dalam mengiktiraf tokoh berwibawa yang menginspirasikan serta memperjuangkan nilai-nilai sejagat,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya