Presiden, Timbalan tidak ditandingi hanya cadangan, bukan keputusan tetap - Utusan Malaysia

Presiden, Timbalan tidak ditandingi hanya cadangan, bukan keputusan tetap

CHANG Lih Kang (tengah) pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Peringkat PKR Perak di Dewan Tokong Kuan Im, Kampung Baru Chui Chak, Langkap, Teluk Intan semalam. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan PKR pada Mei ini bukan keputusan tetap.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang berkata, perkara itu adalah cadangan dan bukan keputusan yang sudah ditetapkan.

Menurutnya, PKR sebagai sebuah parti yang bersifat demokratik tidak pernah melarang sesiapa sahaja untuk bertanding apa-sapa  jawatan pada pemiihan parti itu.

“Itu bukan keputusan parti namun kita menerima secara terbuka sekiranya tiada pertandingan untuk Presiden dan Timbalan Presiden.

“Tetapi sekiranya ada, kita menyambut baik kerana parti ini bersifat demokrasi dan tidak pernah menyekat sesiapa bertanding sebab apa yang kita dengar hanya cadangan sahaja bukan keputusan tetap,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Beliau merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Peringkat PKR Perak yang berlangsung di Dewan Tokong Kuan Im, Kampung Baru Chui Chak, Langkap semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri dan Timbalannya, Mohd. Azlan Helmi.

Majlis itu mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung yang merangkumi pelbagai bangsa.

Lih Kang berkata, sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Perak dilaksanakan di luar bandar untuk merapatkan hubungan dengan pengundi luar bandar yang banyak memberi sokongan kepada mereka pada pilihan raya umum sebelum ini.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata berkata, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR mungkin tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.

Menurutnya, cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya