Presiden, Setiausaha persatuan hoki disiasat seleweng sumbangan

Presiden, Setiausaha persatuan hoki disiasat seleweng sumbangan

PRESIDEN dan seorang Setiausaha Kehormat sebuah persatuan hoki direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang sumbangan hampir RM27,000 di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang Presiden persatuan hoki bergelar Datuk dan Setiausaha Kehormat ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa serta menyeleweng wang sumbangan berjumlah RM26,603.44 untuk kegunaan peribadi.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 59 dan 61 tahun yang bermula semalam dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

Menurut sumber, Presiden persatuan hoki itu disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Setiausaha Kehormat persatuan itu memindahkan sebahagian wang daripada akaun persatuan ke akaun miliknya untuk kegunaan peribadi antara 2023 hingga tahun ini.

Wang tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan berjumlah RM1.3 juta bagi tujuan pembiayaan aktiviti persatuan hoki berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sumber memberitahu, Setiausaha Kehormat persatuan itu pula disyaki mengemukakan dokumen permohonan mengandungi butir matan palsu berkaitan bayaran latihan pusat atlet hoki negeri pada 2023 berjumlah RM15,000 dan bayaran subsidi peralatan pertandingan pasukan lelaki Sukma negeri sebanyak RM11,603.44, sedangkan ia tidak berlaku.

Sebaliknya, wang tersebut diselewengkan dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya