Prasarana bertindak elak tragedi OKU maut berulang

Prasarana bertindak elak tragedi OKU maut berulang

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malay­sia Berhad (Prasarana) bakal me­laksanakan beberapa langkah penting bagi mengelak kejadian maut melibatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berulang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya kini bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan terutama Prasarana untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kemalangan tersebut.

Katanya, beliau sudah mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren khususnya kemudahan bagi golongan OKU dikaji semula dan dipertingkatkan.

“Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini daripada berulang. Kamera litar tertutup (CCTV) pintar yang berupaya mengesan perilaku berisiko akan dipasang di stesen.

“Bagi jangka masa panjang pula, Prasarana dalam perancangan untuk memasang Pintu skrin platform (PSD) di kesemua laluan LRT sebagai usaha memperkukuh keselamatan penumpang,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki OKU penglihatan maut selepas terjatuh dan dilanggar tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.05 pagi.

Mengulas lanjut, Anthony Loke menasihatkan penumpang yang memerlukan bantuan tambahan termasuk golongan OKU untuk menghubungi kakitangan Prasarana atau Polis Bantuan di stesen bagi memastikan keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.

“Keselamatan dan kebajikan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerajaan komited untuk memastikan sistem pengangkutan awam yang lebih selamat, inklusif, dan mesra pengguna, demi kebaikan semua rakyat Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya