Polis tumpaskan sindiket jus dadah, sasar pusat hiburan

Polis tumpaskan sindiket jus dadah, sasar pusat hiburan

KHAW Kok Chin (dua dari kiri) menunjukkan dadah berjumlah RM12.88 juta ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Selangor dan ibu negara, dengan rampasan keseluruhan bernilai RM12.88 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, serbuan pertama dijalankan pada 4 Februari lalu melibatkan beberapa siri operasi di Lembah Klang yang membawa kepada kejayaan menumpaskan sindiket pemprosesan serbuk jus 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

“Dalam serbuan bermula pukul 8.50 malam hingga 11.50 malam itu, polis menahan lima individu termasuk ketua sindiket, empat lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 36 hingga 46 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Tambah Kok Chin, hasil risikan dan intipan, ketua sindiket berjaya diberkas di tempat letak kereta di Taman Suntex, Cheras sebelum membawa kepada serbuan di sebuah kondominium mewah di Cheras yang dijadikan tempat penyimpanan dadah.

“Antara dadah yang dirampas ialah heroin base seberat 9.8 kilogram (kg), syabu (1.17 kg), heroin (233.45 gram), serbuk MDMA (131.83 gram) dan pil yaba (113.17 gram) dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Oktober tahun lalu dengan bekalan diperoleh dari negara jiran di utara tanah air untuk pasaran pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai 72,752 penagih. Kelima-lima suspek didapati positif dadah dan direman antara empat hingga tujuh hari mulai 5 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Chin berkata, serbuan pada 9 Februari pula berjaya menemukan lima beg berisi 50 bungkusan syabu di tempat duduk belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bersama 32 bungkusan ketamin dalam but kereta.

“Pemeriksaan lanjut di unit kondominium suspek menemukan enam guni berisi 36 bungkusan syabu dan 139 bungkusan ketamin dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM11.43 juta,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya