Polis tahan lelaki OKU tetak bapa

Polis tahan lelaki OKU tetak bapa

YUSHARIFUDDIN MOHD. YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menetak bapanya di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, Isnin lalu ditahan polis, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan ketika sedang berlegar-legar di sekitar kawasan kampung ber­kenaan pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisio­ner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata, sewaktu ditahan, suspek berada dalam keadaan lesu dan letih berikutan tidak makan dengan sempurna selama beberapa hari.

“Laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini dan buat masa ini, kita sedang mengesan senjata berupa parang yang digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya di sini semalam.

Yusharifuddin berkata, dalam kejadian itu, bapa mangsa iaitu pesara berusia 73 tahun ditetak sewaktu berada di bahagian ruang tamu rumah sekitar pukul 5 petang.

Beliau berkata, suspek dipercayai secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan menetak mangsa di bahagian kepala dan teli­nga sebelum melarikan diri.

Dalam pada itu, Yusha­rifuddin berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telinga dengan tiga kesan tetakan malah dia juga telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Tambahnya, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah permohonan reman hari ini dan kes disiasat mengikut Sek­syen 326 Kanun Ke­seksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya