Polis tahan dua lagi suspek

Polis tahan dua lagi suspek bantu siasatan kes rempuh sekumpulan individu

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lagi individu dipercayai berada semasa kejadian dua kenderaan merempuh sekumpulan orang ramai berada berhampiran pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dua individu berusia 18 dan 26 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis.

“Kedua-duanya akan ditahan reman selama lima hari sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” selepas Program Pemerkasaan Women Law Enforcement – Beauty, Strength And Excellence Madani 2025 di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL di sini, hari ini. 

Terdahulu media melaporkan dua lelaki cedera selepas dirempuh dua kenderaan jenis Toyota Vios dan pikap Hilux. 

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara kumpulan dan suspek semasa berhibur.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terkini penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah diadakan baru-baru ini, Rusdi berkata, pihak polis telah mengambil keterangan membabitkan 10 individu.

Beliau berkata, individu tersebut melibatkan tujuh pelajar universiti, seorang pekerja biasa serta dua orang daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, kertas siasatan berhubung penganjuran himpunan itu hampir disiapkan dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya