Polis siasat sindiket kilang e-waste

Polis siasat sindiket kilang e-waste

ANTARA e-waste bernilai RM41.41 juta yang dirampas di Kampung Baru Sengkang, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkinan 47 kilang haram memproses sisa elektronik (e-waste) yang diserbu dalam Op Hazard pada 15 Februari lalu beroperasi secara sindiket.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, siasatan setakat ini menumpukan terhadap syarikat-syarikat di sebalik kilang haram terbabit.

“Kami menyiasat kemungkinan syarikat yang mengendalikan kilang-kilang sisa elektronik ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Setakat ini, kita sedang menyiasat sama ada kilang-kilang tersebut beroperasi secara bersindiket,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Azmi berkata, kebanyakan kilang ini dibekalkan sisa e-waste yang diseludup masuk melalui jalan laut.

“Bagaimanapun, kami mendapati sebuah kilang yang di­serbu di Sarawak mendapatkan sisa elektronik itu daripada pembekal tempatan.

“Pembekal tersebut akan mengutip sisa elektronik daripada orang ramai di kawasan sekitar dan menjualnya kepada kilang pemprosesan haram,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Kulai, Johor menyerbu sebuah kilang yang menjalankan aktiviti menyimpan dan memproses e-waste secara haram di Kampung Baru Sengkang, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam operasi pukul 8.15 pagi itu, pihaknya merampas e-waste yang dianggarkan bernilai lebih RM41.41 juta.

“Dalam serbuan itu, polis menahan masing-masing seorang lelaki warga tempatan, China dan Bangladesh; sembilan lelaki Indonesia, dua lelaki Myanmar dan seorang wanita Indonesia yang semuanya berusia antara 20 hingga 49 tahun atas pelbagai kesalahan.

“Kilang memproses e-waste ini dipercayai beroperasi kira-kira tiga hingga empat bulan lalu, tetapi status lesen masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya