Polis siasat punca gerai mercun terbakar

Polis siasat punca gerai mercun terbakar

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyiasat punca sebuah gerai mercun terbakar di kawasan Bandar Mahkota Cheras, Kajang dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 9.50 malam. 

Katanya, siasatan mendapati sebanyak tiga kereta dan dua motosikal terbakar di lokasi kejadian, namun tiada kemalangan jiwa berlaku. 

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Mohd. Emran Mohd. Noor ditalian 013-7638512,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.

Beliau dilapor berkata, seramai 13 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn ditugaskan  ke lokasi kejadian. 

“Lima kenderaan yang terbakar ialah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua motosikal,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya