Polis siasat dakwaan tugu propaganda Mao Zedong di Semenyih - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan tugu propaganda Mao Zedong di Semenyih

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima satu laporan berkait batu ukiran wajah Mao Zedong yang merupakan Pengerusi Parti Komunis China bersama puisi berideologi komunisme di sebuah Memorial di Semenyih dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada pukul 4.16 petang, kelmarin.

“Setakat ini, kami sudah rakam tiga keterangan saksi bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis ke atas aduan tersebut secara menyeluruh termasuk satu video viral berdurasi dua minit 12 saat di dalam sosial media TikTok yang membahaskan isu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis yang berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di nombor  014-5156933 bagi membantu siasatan. 

Terdahulu, seorang wanita mendedahkan batu ukiran wajah Mao Zedong serta puisinya dikesan di kawasan Semenyih.

Dakwanya, rakyat China dipaksa untuk menghafal puisi tersebut dan ia dipercayai sebagai taktik komunis untuk mencetuskan konflik.

Wanita itu turut mendakwa dia percaya pihak polis akan melakukan apa yang patut bagi mengekang kefahaman komunis daripada memecahbelahkan rakyat Malaysia.

“Diharapkan rakyat Malaysia dapat menyokong saya dan rakan Pertubuhan Tuidang Malaysia,” ujarnya dalam rakaman video tular. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya