Polis, jabatan pendidikan perhebat Op Didik

Polis, jabatan pendidikan perhebat Op Didik tingkat kesedaran pelajar

AZLI Mohd. Noor (dua dari kanan) menyantuni pelajar di program First Day @ School di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/ KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Polis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memperhebat  Op Didik bermula tahun ini untuk meningkatkan kesedaran pelajar berhubung aspek keselamatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, tumpuan diberikan kepada pelajar yang membawa motosikal ke sekolah.

“Antara kesalahan popular yang sering dilakukan pelajar adalah tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan menunggang dengan cuai. Kita bekerjasama dengan pengurusan di 40 sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk membuat pemeriksaan dalam Op Didik ini. 

“Polis mengeluarkan surat amaran untuk setiap kesalahan yang dikesan sebagai langkah mendidik pelajar dan meningkatkan kesedaran ibu bapa,” katanya selepas menghadiri program First Day @ School Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuala Terengganu bersama RXZ Members di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Malik di sini, hari ini.

Menurut Azli, Op Didik bukan bertujuan menghukum pelajar sebaliknya mendedahkan mereka peraturan jalan raya dan corak pemanduan berhemah.

“Kita faham pelajar ini sebagai golongan ‘darah muda’ cepat tercabar dan suka bersaing dengan rakan terutama dari segi fizikal (aksesori) motosikal.

“Semua perkara itu akan diterangkan dalam Op Didik supaya mereka tidak melakukan kesalahan yang boleh membahayakan keselamatan dan pengguna jalan raya lain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya