Polis cadang enam suspek pukul OKU dituduh kerana merusuh, datangkan kecederaan

Polis cadang enam suspek pukul OKU dituduh kerana merusuh, datangkan kecederaan

MOHD. Khairi Khairudin (tengah) menyaksikan Wan Muhamad Wan Ja'afar (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada  Mohd. Razi Rosli (kanan) di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis mengesyorkan keenam-enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental di sini, bulan lalu dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan..

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Khairi  Khairudin berkata,  polis telah menghantar kertas siasatan berhubung kes itu ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari lalu.

“Laporan perubatan mangsa yang terlibat telah kita terima daripada Kementerian Kesihatan dan kita menghantar kertas siasatan semula ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya.

“Kita masih menunggu arahan selanjutnya sama ada keenam-enam suspek yang ditahan akan dituduh mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kita cadangkan dua pertuduhan terhadap keenam-enam suspek. 

“Tunggulah apa keputusan seterusnya daripada Pejabat Peguam Negara. Mungkin mengambil sedikit masa dan perlu melihat banyak sudut sebelum suspek dituduh,” katanya. selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah antara Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Razi Rosli di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini, hari ini. 

Mohd. Razi Rosli dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kemaman menggantikan ACP Hanyan Ramlan yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kontinjen Kedah. 

Berhubung kes pempengaruh yang turut ditahan selepas disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan penyebaran kandungan jelek di media sosial berkaitan kes pukul OKU itu, Mohd. Khairi berkata, kertas siasatan berkenaan kes itu juga telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Terengganu, dua minggu lalu.

“Mengenai kes pempengaruh ini, kertas siasatan telah lengkap. Kita mendapat laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkaitan akaun Tiktok suspek dan kita masih menunggu keputusan (untuk pendakwaan). 

“Kita cadangkan suspek dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi pada 17 Januari lalu, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dipukul beberapa individu di pasar pagi berhampiran Padang Astaka Chukai di sini selepas motosikalnya terlanggar salah sebuah gerai jualan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya