Polis berkas suspek samun bersenjata kurang 24 jam

Polis berkas suspek samun bersenjata kurang 24 jam

KENDERAAN yang dipercayai milik suspek samun bersenjata dalam kejadian berhampiran sebuah perpustakaan desa di Kampung Tersusun, Padang Besar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata ke atas seorang wanita berhampiran sebuah perpustakaan desa di Kampung Tersusun di sini, semalam. 

Menerusi penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas aduan dibuat.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, sewaktu kejadian, mangsa merupakan seorang pembantu perpustakaan berusia 39 tahun telah disamun sekitar pukul 9.40 pagi oleh seorang lelaki yang bersenjatakan pisau.

“Suspek kemudian telah memaksa mangsa menyerahkan seutas gelang emas bernilai kira-kira RM10,000 sebelum bertindak melarikan diri.

“Susulan itu, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Padang Besar dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis berjaya menangkap suspek utama merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun sekitar pukul 3.40 petang di kawasan Kampung Kolam, Padang Besar,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Shokri berkata, hasil soal siasat, suspek turut mengaku melakukan jenayah samun itu seorang diri dan telah menjual barangan itu di sebuah kedai emas di Jitra, Kedah. 

Katanya, berikutan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk wang hasil jualan, telefon bimbit, kenderaan digunakan dalam kejadian dan pakaian dipakai suspek.

“Hasil tindakan susulan, polis turut menangkap seorang lelaki yang merupakan pengurus sebuah kedai emas di Jitra, Kedah bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Shokri berkata, hasil semakan polis juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek direman selama lima hari bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara sehingga empat belas tahun serta boleh dikenakan denda dan sebatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya