PN tak perlu takut kalau rasa kuat di Kedah

PN tak perlu takut kalau rasa kuat di Kedah

ASMIRUL ANUAR ARIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) Kedah tidak perlu merasa gusar dengan kenyataan ‘kerajaan menanti’ sekiranya merasakan mereka kuat di negeri ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan rakyat negeri Kedah yang dapat menilai pihak mana yang lebih baik.

“Kenyataan kerajaan menunggu tidak perlu menggusarkan PN kalau mereka rasa mereka kuat. Tetapi hari ini, rakyat dapat menilai tentang pelbagai isu contohnya loji rawatan air, bola, penjaja kecil dan ekonomi.

“Jadi bagi pihak kami, kita menawarkan harapan kepada rakyat Kedah supaya dapat dirasai denyut nadi mereka untuk apa yang kita boleh buat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, tiada alasan kukuh untuk rakyat Kedah menukar kerajaan negeri yang terbukti berkesan dalam membawa kemajuan.

Ujar Ketua Dewan Ulama Pas itu, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya berjaga-jaga dengan jangka hayat pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana banyak sebab untuk pengundi menukar mereka.

Kenyataan itu susulan Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH bersama BN sedang giat mempersiapkan diri sebagai ‘kerajaan menanti’ di negeri Kedah menjelang pilihan raya negeri (PRN) seterusnya.

Sementara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat  Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, rakyat tidak mahu lagi menghadapi pelbagai masalah-masalah asas sebaliknya berharap agar ditadbir kerajaan yang mampu memberi tawaran dan manfaat.

“Walaupun mungkin hari ini setengah orang berpendapat mereka hidup selesa tetapi sebenarnya di bawah sana kita tahu bahawa mereka tak berpuas hati.

“Namun apa-apa pun, sudah tentulah macam mereka akan berusaha untuk mempertahankan apa yang mereka ada sehingga menyatakan pelbagai perkara kononnya kerajaan pusat perlu ditukar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya