PM minta perhalusi kelulusan projek ICT kerajaan

PM minta perhalusi kelulusan projek ICT kerajaan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) untuk memperhalusi kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan Enterprise Architecture (EA) secara holistik.
Perdana Menteri berkata, langkah itu mengambil kira kolaboratif merentas agensi, perkongsian infrastruktur, data, maklumat dan perkhidmatan selaras dengan hasrat kerajaan dalam perbelanjaan berhemah.
“Saya tegaskan kepada kementerian dan agensi terlibat agar mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan.
“Ini bagi memastikan hasil inisiatif tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat MED4IRN di sini hari ini.
Mesyuarat berkenaan turut membentangkan kemajuan pelaporan terkini terkait dengan agenda transformasi negara yang menunjukkan perkembangan positif.
Menurut Anwarr, antaranya perkhidmatan Wifi di Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis yang telah selesai dinaik taraf.
“Penambahbaikan (perkhidmatan WIfi) akan diperluaskan kepada 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam, 24 Institusi Pendidikan Politeknik dan 43 Kolej Komuniti,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya