PM mahu projek tebatan banjir disegera, kaedah pelaksanaan dilonggar

PM mahu projek tebatan banjir disegera, kaedah pelaksanaan dilonggar

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek tebatan banjir diberi kelonggaran oleh Perbendahaan supaya pelaksanaannya dipercepatkan melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi.

Perdana Menteri berkata, proses saringan awal projek juga perlu lebih cepat dan pemberian projek lebih baik menggunakan kaedah tender kerana kaedah secara rundingan dipercayai banyak berlaku keterlanjuran dan ketirisannya.

“Jadi sebaiknya kita gunakan tender tetapi tender itu kalau dalam (prosedur) biasa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tahu akan mengambil masa terlalu panjang.

“Dan orang yang terkesan dengan banjir itu tidak mampu menunggu. Hal-hal ini saya harap dapat diberikan perhatian,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, program membasmi kemiskinan tegar juga perlu segera diselesaikan dan dipantau pelaksanaannya.

“Projek kemiskinan tegar kejayaannya adalah baik, Alhamdulillah. Tetapi jumlahnya itu bertambah. Saya semak umpamanya di Parlimen Tambun, berapa yang masih kekal kemiskinan tegar sekitar 15 keluarga, tetapi untuk keseluruhan Perak mungkin lebih 100.

“Jadi saya sebut 15 keluarga itu boleh cari dan selesaikan dalam dua hari supaya kemiskinan tegar itu dapat dibereskan,” katanya.

Anwar berkata,  begitu juga di Wilayah Persekutuan bahawa masalah kemiskinan tegar boleh diselesaikan sama ada sama ada oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi zakat dan Majlis Agama.

Apa yang penting katanya, sekecil-kecil masalah mampu diselesaikan walaupun soal kemiskinan tegar itu besar maknanya bagi sebuah keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya