Pinkfish: Laporan patologi sahkan tiga maut pengambilan dadah

Pinkfish: Laporan patologi sahkan tiga maut pengambilan dadah

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 di Subang Jaya berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, punca kematian seorang lagi mangsa maut tidak dapat disahkan buat masa ini berikutan masih menunggu laporan patalogi.

“Punca kematian adalah stimulant drugs intoxication manakala laporan seorang lagi mangsa masih dalam tindakan pihak hospital.

“Setakat ini seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan.

“Masih lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan akan dirujuk ke pihak koroner selepas siasatan selesai.

Terdahulu, media melaporkan, polis menyiasat kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, di sini.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.
Beliau dilaporkan berkata, bedah siasat selesai dijalankan dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal.

Katanya, pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemukan sebarang kecederaan luaran.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya