Pindaan Akta Kawal Selia Padi dan Beras disiapkan tahun ini - Utusan Malaysia

Pindaan Akta Kawal Selia Padi dan Beras disiapkan tahun ini

MOHAMAD Sabu menyampaikan sumbangan kepada seorang murid di SMK Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan menyiapkan pindaan Akta Kawal Selia Padi dan Beras (Akta 522) pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pindaan akta tersebut akan diselesaikan pada tahun ini bagi membolehkan ia dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat tahun hadapan.

“Pindaan akta ini kita mesti siap sebelum tahun depan. Kalau tidak siap tahun depan, saya akan kena ‘ hentam’lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2025 dan Pelepasan Anak Ikan Tilapia Aquaculture Aspire di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, di sini, hari ini.

Mohamad sebelum ini memaklumkan kementeriam bersetuju meminda akta berkenaan bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong dan peruncit.

Beliau ketika sidang Dewan Rakyat minggu lalu memberitahu langkah tersebut sekali gus dilihat mampu membendung kegiatan menukar beras tempatan menjadi beras import.

Katanya, peruntukan seksyen sedia ada di bawah akta itu masih longgar dan tidak cukup untuk membendung kegiatan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memperbanyakkan pemantauan terhadap kilang pemprosesan beras bagi membendung kegiatan campuran beras tempatan dan import daripada terus berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya