Pindaan Akta 736: KDN sedia memorandum Jemaah Menteri

Pindaan Akta 736: KDN sedia memorandum Jemaah Menteri

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyampaikan Anugerah Khas Menteri Dalam Negeri kepada wakil dari Jabatan Pendaftaran Negeri Johor pada Majlis Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara 2024 di JPN Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah meminta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman untuk membantu menyediakan memorandum itu termasuk sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

“Bila Jemaah Menteri sudah setuju kami akan buat libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk aktivis himpunan aman,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meminda Akta 736 bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan sebarang perhimpunan aman di negara ini.

Katanya, pindaan yang dijadualkan pada sesi Parlimen akan datang itu antara lain akan mengeluarkan Seksyen 11 akta berkenaan, yang melibatkan keperluan persetujuan pemunya atau pemilik lokasi perhimpunan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Kerajaan Madani sentiasa terbuka dan tidak menyekat sebarang himpunan awam yang ingin diadakan oleh rakyat.

Katanya, sebanyak 10,000 pemakluman perhimpunan dibuat kepada polis pada 2023 dengan 98 peratus perhimpunan berlangsung tanpa sekatan.

“Pada 2024, lebih 7,000 pemakluman diterima dan 99 peratus dibenarkan. Hanya satu atau dua peratus perhimpunan menghadapi isu kerana lokasi yang tidak mendapat kebenaran pemilik premis, bukan kerana tindakan menyekat oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya