Piawaian soket pengecas bas ekspres siap April

Piawaian soket pengecas bas ekspres siap April

ANTHONY Loke Siew Fook dalam sidang akhbar selepas peluncuran Malaysia Maritime Single Window (MMSW) oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen KSL, Klang. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Standard piawaian pemasangan kabel dan soket pengecas telefon bagi bas ekspres di negara ini dijangka siap seawal April depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, piawaian itu sedang dibangunkan Suruhanjaya Tenaga dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM).

Jelas beliau, ketetapan itu kelak akan menjadi garis panduan kepada syarikat pembuatan bas.

“Soket pengecas setakat ini masih dilarang penggunaannya pada bas ekspres. Kita berharap pasukan petugas khas dapat menyiapkan pembangunan piawai itu yang dijangka pada April atau Mei akan datang,” katanya selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan peluncuran Malaysia Maritime Single Window (MMSW) di sini, hari ini.

Utusan Malaysia pada 2 November tahun lalu melaporkan, seorang remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas pada soket dalam bas ekspres di terminal Penang Sentral.

Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Pada sidang Dewan Rakyat bulan sama, Anthony memaklumkan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket pengecas telefon dalam bas ekspres.

Dalam pada itu, mengulas berkaitan MMSW, beliau berkata, pembangunan sistem berkenaan merupakan arahan Kabinet bagi memenuhi keperluan International Maritime Organization (IMO) sebagai satu sistem berpusat di Malaysia.

“MMSW dilaksanakan sepenuhnya di Pelabuhan Klang dan kini diperluaskan ke pelabuhan utama lain seperti Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Pulau Pinang dan Bintulu.

“Pelaksanaan di pelabuhan- pelabuhan Sabah dan Sarawak pula dijangka bermula pada Mac ini,” ujarnya.

Tambah Siew Fook, statistik yang direkodkan sistem itu menunjukkan sebanyak 10,682 kapal telah menggunakannya bagi semua proses ketibaan dan pelepasan bermula 1 Jun hingga 31 Disember tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya