Peserta F3 Strike Combat cedera, penyokong bergaduh

Peserta F3 Strike Combat Tournament 2025 cedera, penyokong bergaduh

Gaduh
BEBERAPA individu bergaduh terlibat dalam pergaduhan ketika pertandingan F3 Strike Combat Tournament 2025 dekat Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang peserta pertandingan F3 Strike Combat Tournament 2025 cedera apabila menjadi mangsa dalam pergaduhan yang tercetus antara penyokong dua peserta lain dekat Dewan Besar Tanjung Seksyen 19, semalam.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 45 tahun itu cedera selepas pertembungan antara dua penyokong peserta pertandingan terbabit yang tidak berpuas hati selepas penyertaan mereka dibatalkan oleh penganjur kerana pihak lawan tidak hadir dan sakit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada wakil penganjur pertandingan terbabit kira-kira pukul 2.11 petang pada hari sama.

Menurutnya, pergaduhan berkenaan melibatkan 15 orang penyokong yang hadir ke pertandingan tersebut dan bermula di dalam dewan sebelum berlarutan hingga ke bahagian luar.

“Punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran diantara dua peserta yang dibatalkan penyertaan oleh penganjur dalam pertandingan tersebut kerana pihak lawan tidak hadir dan sakit.

“Kedua-dua peserta itu kemudiannya bertengkar diantara mereka dan mengajak untuk berlawan di atas gelanggang. Tindakan provokasi kedua-dua belah pihak menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal hingga penyokong masing-masing bergaduh dan membaling kerusi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun mangsa yang cedera dalam insiden tersebut stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital berdekatan.

Terdahulu, tular sebuah potongan video berdurasi 0.41 saat dalam media sosial memaparkan pergaduhan beberapa individu lelaki dekat Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jelas Mohd. Iqbal, susulan kejadian tersebut menangkap dua lelaki. Seorang lelaki berusia 40 tahun didapati memiliki lima rekod jenayah lampau, manakala lelaki berusia 45 tahun pula mempunyai empat rekod masing-masing atas pelbagai kesalahan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dapati kedua-dua tangkapan negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini pada dan dibenarkan selama dua hari sehingga esok,” ujarnya.

Kata Mohd. Iqbal lagi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 dan 324 Kanun Keseksaan, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya serta penjara sehingga tiga tahun, sebat, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nawinthan Selvaraja di talian 016-2052314,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya