KUALA LUMPUR: Seorang pesara wanita kerugian RM70,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar pegawai polis dan datang sendiri ke rumahnya. Kejadian berlaku pada 15 Januari lalu apabila wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai dari platform e-dagang Shopee. Mangsa diberitahu bahawa nombor telefonnya didaftarkan dengan akaun Shopee yang menjual produk kecantikan tidak berdaftar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang mendakwa dirinya sebagai pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya