Pesara rugi RM108,000 akibat sindiket phone scam

Pesara rugi RM108,000 akibat sindiket phone scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang pesara wanita  kerugian RM110,000 apabila wang simpanan dan pinjaman peribadinya lesap ditipu sindiket phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 61 tahun dihubungi seorang individu pada 10 Januari lalu.

Katanya, suspek tersebut memperkenal dirinya sebagai wakil insurans dan memberitahu wanita itu kononnya nama mangsa isalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab bagi  tuntutan insurans berjumlah RM63,000.

“Seterusnya, talian telefon mangsa disambungkan kepada anggota sindiket lain yang menyamar sebagai polis. Mangsa diberitahu bahawa  satu waran tangkap telah dikeluarkan atas kesalahan penggubahan wang haram.

“Suspek meminta mangsa untuk membuka akaun baharu di sebuah bank tempatan dan memasukkan wang sebanyak RM45,000 ke akaun baharu tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak lama selepas itu, mangsa membuat pinjaman peribadi dan memasukkan wang sebanyak RM50,000 ke akaun baharu tersebut.

Azli berkata, suspek terus mengugut mangsa untuk memasukkan lebih banyak wang bagi’menyelesaikan kes’ dan mangsa telah membuat tiga lagi transaksi berjumlah RM13,000 ke dua akaun berbeza,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya