KUALA LUMPUR: Ketua whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan ada Ketua berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung isu peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.
Takiyuddin berkata, beliau bertanyakan mengenai prosedur untuk mendapatkan peruntukan berkenaan selepas hampir tiga tahun Kerajaan Madani memerintah.
“Malah saya teks (menghantar mesej) pada beliau, mengenai kenyataan bahawa beliau akan tubuh jawatankuasa perundingan, (saya tanya) ‘betul ke macam ni?’.
“Beliau kata pada saya, masuk (hantar) surat dulu, saya tubuh jawatankuasa’,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Takiyuddin turut memaklumkan, maklum balas Timbalan Perdana Menteri itu turut meletakkan syarat dalam perjanjian kerajaan.
“Boleh tanya beliau balik. Saya ada bukti, saya peguam, saya tidak akan cakap tanpa fakta.
“Beliau kata kalau ada pembangkang masuk satu permohonan pada beliau, minta hendak berunding atau ada cadangan balas, baru dia akan tubuh jawatankuasa,” katanya lagi.
Pada sidang akhbar yang sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan, PN akan menulis kepada Fadillah untuk pengesahan rasmi.
“Langkah seterusnya, kami akan hantar surat menyatakan apakah benar kenyataan beliau yang beliau minta supaya kami menghantar surat.
“Kami akan tulis surat bahawa jika benar, kami bersetujulah untuk ditubuh satu jawatankuasa ini,” jelasnya. – UTUSAN