Peruntukan pembangkang: Kerajaan sedia tubuh jawatankuasa khas

Peruntukan pembangkang: Kerajaan sedia tubuh jawatankuasa khas

FADILLAH Yusof bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan di sini hari ini - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peruntukan buat ahli Parlimen pembangkang yang sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sehingga kini, hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sahaja yang sudah menemuinya untuk berunding mengenai peruntukan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam rundingan itu Syed Saddiq hanya mewakili dirinya sebagai Ahli Parlimen Muar bukannya keseluruhan ahli Parlimen pembangkang yang lain.

“Kita (setuju) menubuhkan jawatankuasa untuk duduk bersama (wakil Ahli Parlimen pembangkang) dan berbincang (mengenai peruntukan).

“Siapa sahaja boleh usulkan cadangan (kepada jawatankuasa) tetapi sekarang tiada, mereka (pembangkang) tiada buat usul apa-apa pun,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan 2025 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, gabungan itu bersedia membincangkan kembali Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang jika kerajaan menyediakan draf baharu dan menubuhkan jawatankuasa.

Ia susulan keputusan pembangkang yang sebulat suara menolak MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan, mengakibatkan rundingan dan penyaluran peruntukan itu terus tertangguh hingga kini.

Sementara itu, memaklumkan hasil rundingan dengan Syed Saddiq, Fadillah berkata, kerajaan sedang memuktamadkan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar tersebut.

Katanya, pihaknya tidak boleh membuat sebarang keputusan sendiri sebaliknya perlu mendapat persetujuan secara konsensus di pihak kerajaan.

“Banyak cadangan dikemukakan oleh Syed Saddiq, beliau (cuba) mewakili pembangkang tetapi beliau hanya mewakili dirinya kerana pembangkang sudah ada Ketua Pembangkang jadi kita akan lihat secara keseluruhan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong dirinya bagi mendapatkan peruntukan.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya supaya ahli Parlimen pembangkang berunding dengan Fadillah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat perbincangan bagi isu peruntukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya