Pertandingan menangis curi tumpuan

Pertandingan menangis curi tumpuan, video cecah tontonan satu juta

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan menangis di Pantai Irama Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ekspo Kelantan Event yang menganjurkan pertandingan menangis di Pantai Irama Bachok di sini, kelmarin, tidak menyangka video pertandingan itu tular selepas dimuat naik dalam laman sosial.

Pengurusnya, Muhamad Nur Amin Che Nor Asri berkata, mengejutkan lagi jumlah tontonan video itu hampir mencecah satu juta.

“Ini bukan kali pertama saya menganjurkan pertandingan tersebut. Pertandingan di Pantai Irama Bachok ini sudah masuk kali keempat.

“Sebelum itu, saya menganjurkan pertandingan itu di Rhu Rehlah Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kuala Krai dan Tanah Merah,” katanya ketika dihubung hari ini.

Muhamad Nur Amin berkata, kira-kira 25 peserta menyertai pertandingan yang berlangsung di Bachok itu.

Katanya, ia bermula dengan peringkat saringan sebelum empat peserta yang layak ke peringkat akhir.

“Peserta dari Wakaf Bharu telah dipilih sebagai pemenang melalui kaedah sorakan dari penyokong. Pemenang tempat pertama itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.

“Sementara tempat kedua menerima wang tunai RM300 dan ketiga RM100. Selain itu saya turut memberikan hadiah saguhati kepada mereka yang menyertai pertandingan,” ujarnya.

Sebelum itu pertandingan menangis itu telah tular dalam laman sosial dan telah menerima pelbagai respon daripada pengguna laman sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya