Permohonan khas RM100 juta bantu pekebun sawit

Permohonan khas RM100 juta bantu pekebun sawit

JOHARI Abdul Ghani meneliti buku Agarwood: Diamond of The Forest yang dilancarkan di Restoran Hening, Jalan Damai, Kuala Lumpur. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan khas kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan tambahan RM100 juta bagi skim insentif Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) akan dilakukan, jika wujud permintaan tinggi dalam kalangan pekebun.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, TSPKS yang telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta dijangka dimanfaatkan sepenuhnya menjelang Jun tahun ini.

“Sasaran saya adalah untuk menggunakan sepenuhnya RM100 juta ini menjelang Jun.

“Jika permintaan masih tinggi, kami mungkin akan mengemukakan permohonan khas kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan tambahan RM100 juta bagi membantu pekebun kecil,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Agarwood: Diamond of the Forest di sini, semalam.

Johari berkata, kerajaan juga bercadang menubuhkan majlis komuniti kecil bagi meningkatkan potensi industri gaharu di negara ini.
Katanya, majlis tersebut akan dianggotai mereka yang berkepakaran dan pemain industri, selain pakar dari luar negara.

“Saya akan mendapatkan data daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam penanaman pokok tersebut.

“Kalau perlu kita akan panggil dari luar negara untuk beri pengetahuan dan berkongsi ilmu bagaimana mahu kredit dan gredkan (kayu gaharu) malah Malaysia juga boleh keluarkan sijil kualiti kayu gaharu satu masa nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya