Perketat kawalan keselamatan masjid, surau susulan kes cabul - Utusan Malaysia

Perketat kawalan keselamatan masjid, surau susulan kes cabul

NANCY Shukri merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 peringkat Zon Utara di Ipoh, Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tahap keselamatan di masjid dan surau menjadi tumpuan pada Ramadan ini ekoran kes seorang lelaki disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri melihat soal keselamatan sebagai kepentingan bagi memantau dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Saya setuju. Pihak masjid seharusnya perketatkan lagi urusan (keselamatan) di masjid, supaya tidak ada orang dengan mudah mengambil peluang.

“Diharapkan mereka (masjid dan surau) yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), menggunakan fasiliti itu untuk menjaga keselamatan terutama kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat zon utara di Ipoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kes tersebut yang dilaporka berlaku ketika solat Subuh di masjid tersebut pada 21 Februari lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid menunjukkan suspek yang berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah belakang dan membawa kanak-kanak itu keluar.

Berkenaan kes yang sama, Nancy mahu orang ramai tidak menyebarkan video dan gambar kes menerusi laman sosial memandangkan mangsa adalah kanak-kanak yang dilindungi di bawah undang-undang.

Sementara itu, beliau berkata masih belum ada keputusan akhir berkenaan pelaksanaan waktu bekerja selama 45 jam seminggu membabitkan golongan jururawat di bawah Kementerian Kesihatan yang telah ditangguhkan.

Ketika diajukan soalan mengenai kebajikan jururawat yang kebanyakkan merupakan wanita dan bergelar ibu, Menteri itu menyatakan perkara tersebut akan dibawa untuk pengetahuan pihak yang berkaitan.

Delegasi Jururawat Malaysia (DJM) mahu tempoh penangguhan pelaksanaan waktu kerja 45 jam itu selama tiga bulan lagi akan digunakan sebaiknya oleh pihak kerajaan untuk membatalkan penambahan jam bekerja itu sepenuhnya.

Beliau sebelum itu merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Zon Utara dengan fokus keterampilan dan keyakinan diri menjelang kemuncak sambutan pada 8 Mac depan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya