Perkeso Terengganu bayar faedah RM23.44 juta

Perkeso Terengganu bayar faedah RM23.44 juta

SUHARA Mustaffa (kanan) menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat Perkeso berjumlah RM3,000 kepada waris Nasrul Hadi Saiadin di Kampung Raja, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu merekodkan bayaran faedah hampir RM23.44 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Suhara Mustaffa berkata, jumlah itu melibatkan 5,858 kes di seluruh negeri ini melalui lapan kategori faedah termasuk pencen ilat, faedah hilang upaya sementara (HUS), hilang upaya kekal pukal dan faedah orang tanggungan (FOT).

“Alhamdulillah, masyarakat kini semakin sedar kepentingan mencarum di bawah Perkeso yang mana ia bukan hanya memberi faedah kepada penca­rum malah kepada waris.

“Caruman Perkeso ini juga kita galakkan kepada mereka yang bekerja sendiri dan suri rumah melalui kategori faedah yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui Program Ziarah Prihatin di Kampung Raja di sini, kelmarin.

Beliau turut meluangkan masa menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat sejumlah RM3,000 kepada waris Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Ahad lalu.

Balu Allahyarham, Wan Muzalisa Aini Wan Mohamad, 46, dan lima anak Allahyarham layak menerima Pencen Penakat berjumlah kira-kira RM2,000 dan anaknya turut menerima faedah sehingga berusia 21 tahun atau ijazah pertama.

Sementara itu, Wan Muzalisa Aini berkata, pencen penakat itu mampu meringankan beban dan menampung perbelanjaan anak-anaknya yang berusia dari enam tahun hingga 18 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya