Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris diperluas, distruktur semula

Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris diperluas, distruktur semula – Fadhlina

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris diperluas, distruktur semula bagi memperkukuh bahasa Inggeris dalam kalangan murid. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia antara langkah pengstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan.

Kata beliau, perkara itu antara penambahbaikan segera bagi memacu pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai menyahut saranan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan inisiatif pengukuhan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah.

“Ia selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan KPM yang turut memberi tumpuan kepada aspek memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai salah satu hala tuju utama pendidikan negara.

“Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina berkata, dengan penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru khususnya dari aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas.

Katanya, fokus KPM bagi memperkasakan Bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Ia merangkumi  Highly Immersive Programme (HIP), Dual Language Programme (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

“Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang optimum di dalam pelantar DELIMA juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

“KPM menzahirkan penghargaan atas keprihatian Perdana Menteri terhadap isu-isu yang terkait dengan pendidikan dan akan terus berusaha keras untuk mereformasikan pendidikan negara demi meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya