Penuntut politeknik hilang, mohon bantuan orang ramai

Penuntut politeknik hilang, mohon bantuan orang ramai

ORANG ramai diminta membantu mengesan Nur Alya Atiqah Muhamad Fitri yang dilaporkan hilang sejak 3 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang penuntut perempuan sebuah politeknik di Taman Putra, di sini yang dilaporkan hilang sejak 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Nur Alya Atiqah Muhamad Fitri, 18, kali terakhir dilihat pada pukul 12.18 tengah hari di institusi pendidikan itu.

Katanya, penuntut berkenaan memiliki ketinggian 1.5 meter dengan berat 45 kilogram, berambut hitam ikal paras bahu serta kulit kuning langsat.

“Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari lokasi tersebut pada pukul 11.30 pagi 3 Februari lalu dan laporan polis dibuat pada hari sama. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan remaja itu boleh terus ke balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Terdahulu, tular dalam media sosial tentang kehilangan remaja itu yang merupakan penuntut tahun dua kursus Pengurusan Logistik di politeknik itu sejak beberapa hari lalu.

Keluarga remaja itu tampil membuat laporan kerana bimbang tentang keselamatannya apabila tidak dapat dihubungi.

Keluarga remaja berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya