REMBAU: Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditungganginya terkena tayar ganti sebuah kereta pacuan empat roda yang tercampak dari arah bertentangan selepas terbabit nahas tengah malam tadi. Kejadian pada pukul 12.20 tengah malam itu berlaku di Kilometer 232.1, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini. Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, mangsa Muhammad Taqiyyuddin Zulkifli, 35, beralamat di Bandar Sungai Buaya Rawang, Selangor maut ditempat kejadian. Menurutnya, tersebut nahas membabitkan lima buah kenderaan iaitu sebuah bas, sebuah lori membawa muatan habuk kayu mampat, kereta pacuan empat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya