Penolong jurutera kanan tidak mengaku terima RM270,400

Penolong jurutera kanan tidak mengaku terima RM270,400

MOHD. Farisyal Mohd. Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang Penolong jurutera kanan sebuah jabatan kerajaan di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini, hari ini atas 48 pertuduhan menerima wang berjumlah RM270,400, enam tahun lalu. 

Tertuduh, Mohd. Farisyal Mohd. Alias, 46, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Salina Safie.  Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang bernilai antara RM500 hingga RM25,000 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan kerja dengannya. 

Tertuduh didakwa menerima sebanyak 48 transaksi wang secara dalam talian bermula September 2019 sehingga Disember 2022 bertempat di CIMB Bank cawangan Raub.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan pendakwa Raya, Ezuain Farhana Ahmad  mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dikenakan ke atas tertuduh. 

Tertuduh diwakili peguam Mohd. Falihin Kamil Mohamed Sazali meminta wang jaminan dikurangkan berikutan tertuduh perlu menjalani rawatan berkala kerana masalah Aritmia yang dihidapinya selain perlu menyara isteri dan tiga anak yang masih bersekolah dengan pendapatan RM5,914.80 sebulan. 

Mahkamah menetapkan tertuduh dikenakan ikat jamin bernilai RM28,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Raub pada hari Isnin minggu pertama setiap bulan sehingga perbicaraan selesai.

Tertuduh juga dilarang berhubung dengan pengadu dan saksi pendakwaan kecuali pegawai penyiasat sepanjang tempoh perbicaraan selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 17 April ini sebagai tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya