Peniaga jajan hentikan penjualan gula-gula kenyal

Peniaga jajan hentikan penjualan gula-gula kenyal

SEBAHAGIAN daripada makanan ringan yang dijual berhampiran sebuah sekolah rendah di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. – UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Gerai-gerai menjual makanan ringan atau jajan khususnya berhampiran kawasan sekolah di sini masih beroperasi seperti biasa tetapi tidak lagi menjual gula-gula kenyal (gummy).

Peniaga yang ingin dikenali sebagai Fatimah mengakui, pernah menjual gula-gula itu sebelum ini, namun membuat keputusan menghentikan penjualannya selepas insiden seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik.

“Kebetulan pula stok sudah habis dan memang saya sudah berniat untuk tidak menjualnya lagi.

“Buat masa ini, saya hanya menjual sosej, nuget, coklat atau keropok-keropok biasa sahaja. Tidak ada makanan pelik-pelik, walaupun ramai budak sebenarnya suka membeli makanan seperti itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Dalam kejadian pada 19 Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mening­gal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat tercekik gula- gula kenyal yang dibeli di luar kawasan sekolah di Sungai Dua di sini.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan platform jua­lan dalam talian menghentikan penjualan gummy yang dikhua­tiri menyebabkan kes itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan pengiklanan gula-gula tersebut dihentikan.

Dalam pada itu, penduduk setempat yang ingin dikenali sebagai Ida, 45, berkata, gerai menjual jajan sememangnya popular dalam kalangan murid terutama anak-anak yang bakal mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada sesi petang.

“Ramai juga budak-budak yang membeli makanan ringan, sementara menunggu ibu bapa mereka di hadapan sekolah. Kadang-kadang saya nampak ada juga ibu bapa yang turut membeli di gerai terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya