Pengurus kanan syarikat swasta minta rasuah direman 5 hari

Pengurus kanan syarikat swasta minta rasuah direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang timbalan pengurus kanan sebuah syarikat swasta direman lima hari bagi membantu siasatan meminta rasuah daripada seorang peniaga di sebuah terminal feri di negeri ini.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 48 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurmadiana Mamat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan, suspek meminta suapan daripada peniaga itu ketika berurusan di terminal feri itu bagi memastikan perniagaan dan operasi syarikat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek menerusi Op Titanic.

Katanya, suspek ditahan di Ibu pejabat SPRM Johor pada pukul 8 malam tadi ketika hadir membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya