Penggantungan operasi helikopter TNB di Bentong tidak jejaskan ECRL

Penggantungan operasi helikopter TNB di Bentong tidak jejaskan ECRL

ANTHONY Loke Siew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Tindakan penggantungan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja-kerja selenggara di tapak projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bentong, Pahang tidak menjejaskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggantungan itu bersifat sementara apabila berlaku sesuatu insiden.

“Saya rasa tidak (jejaskan projek) dan kerja-kerja ECRL diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, TNB mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di kawasan Bentong.

Ia susulan insiden kemalangan helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger milik TNB yang terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pagi semalam.

Dalam satu kenyataan, konglomerat itu memaklumkan mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus dan berjaya dikawal serta padam sepenuhnya jam 11.06 pagi.

Helikopter berkenaan dipercayai sedang melakukan kerja-kerja keudaraan yang mengangkat underslung bagi tujuan pemasangan kabel projek TNB.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya