Pengemis warga asing raih RM600 sehari

Pengemis warga asing raih RM600 sehari

SEBAHAGIAN daripada pengemis warga asing yang ditahan dalam operasi di pasar malam Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kemunculan pengemis warga asing di pasar malam sekitar daerah ini semakin menjadi-jadi dan bilangan mereka terus bertambah.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, bertindak atas laporan, pihaknya menahan seramai 18 warga asing selepas menyerbu dua lokasi pasar malam di Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad di sini, kelmarin.

Tegasnya, pihaknya percaya mereka mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang.

“Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima dan risikan ke atas kegiatan mengemis yang melibatkan warga asing di sekitar Johor Bahru. 

“Mereka yang ditahan berusia antara 40 tahun hingga 69 tahun. Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam,” katanya.

Tambah Mohd. Rusdi, warga asing yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga China, empat lelaki Thailand, tiga lelaki dan seorang wanita Kemboja, dua wanita dan dua lelaki Syria, seorang lelaki Bangladesh serta seorang lelaki Pakistan. 

“Semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Semua tahanan ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN