Pengawal keselamatan disyaki cabul lelaki dalam tandas direman empat hari

Pengawal keselamatan disyaki cabul lelaki dalam tandas direman empat hari

SUSPEK (dua dari kiri) diiringi polis ketika hadir ke Mahkamah Alor Gajah, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul seorang pesakit lelaki di dalam tandas klinik, minggu lalu.

Perintah reman sehingga 7 Februari ini dikeluarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee terhadap suspek lelaki berusia 19 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah di sini, kira-kira pukul 9.10 pagi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki meraba kemaluan penuntut yang juga seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang pada 28 Januari lalu selepas mangsa selesai mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

“Mangsa telah bertanya kepada suspek lokasi tandas awam dan lelaki itu kemudian menyuruh pengadu mengikutnya. Semasa di dalam tandas pengadu ternampak suspek seperti sedang mengintainya.

“Suspek kemudian mengetuk pintu dan menyuruhnya membuka lampu. Pengadu membuka sedikit pintu dan ketika hendak menekan suis di luar, tiba-tiba suspek telah berada di hadapan pintu dan cuba masuk ke dalam tandas dengan menolak pintu serta memegang kemaluan pengadu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya