Penganjur Festival Good Vibes enggan ulas keputusan Mahkamah London - Utusan Malaysia

Penganjur Festival Good Vibes enggan ulas keputusan Mahkamah London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjur Festival The Good Vibes dari Future Sound Asia (FSA) enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Mahkamah London menolak tuntutan samannya terhadap kumpulan muzik British, The 1975.

FSA memfailkan saman selepas vokalis band itu, Matty Healy mencium salah seorang ahli kumpulan di pentas menyebabkan festival pada Julai 2023 itu dibatalkan.

“Maaf, buat masa tiada sebarang komen lanjut dari pihak kami,” responsnya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hakim William Hansen, ‘tiada prospek sebenar’ untuk membuktikan bahawa ahli kumpulan tersebut mempunyai kewajipan berjaga-jaga.

Tambahnya juga menerusi penghakiman bertulis, ‘tidak adil, tidak patut dan tidak munasabah’ mempertanggungjawabkan ahli kumpulan tersebut kerana mereka ‘tidak didakwa tahu’ tentang butiran garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), atau undang-undang Malaysia dan peraturan persembahan.

Hansen mengarahkan FSA membayar kos guaman RM557,224, tetapi membenarkan tuntutan terhadap The 1975 Productions LLP sebagai entiti korporat diteruskan.

Terdahulu, Future Sound Asia (FSA) menuntut ganti rugi RM11.25 juta serta menyaman setiap ahli band The 1975 selepas vokalisnya mencium salah seorang ahli kumpulan di atas pentas.

Malah, Healy turut mengkritik pendirian Malaysia bekenaan undang-undang
komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Tindakan Healy membuatkan festival yang sepatutnya berlangsung pada 21-23 Julai 2023 itu dibatalkan serta merta. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya