Penganggur mengaku ahli Daesh dipenjara 15 tahun

Penganggur mengaku ahli Daesh dipenjara 15 tahun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah di sini hari ini kerana memiliki bahan-bahan, memberi sokongan dan menjadi ahli kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas tertuduh, Nik Mohd. Shalahuddin Zakaria, 41, mengaku bersalah atas semua empat pertuduhan yang dikemukakan kepadanya.

Bagi dua pertuduhan membabitkan pemilikan bahan berunsur pengganas, tertuduh didakwa memiliki 1,398 keping gambar, 63 buah video dan 565 artikel berbentuk format dokumen mudah alih (PDF) di dalam dua telefon bimbit dilakukan di Kampung Senang, Kota Jembal, Kota Bharu pada 10 Jun 2024, pukul 9.15 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan rampasan terhadap bahan tersebut.

Bagi pertuduhan memberi sokongan terhadap kumpulan pengganas, tertuduh didakwa memberikan sokongan dengan menggunakan media sosial Facebook atas nama Ahmad Saif Al-Islam II dan pautan itu dilihat pada 10 Jun 2024, pukul 10.15 pagi di Pejabat Bahagian E8M, Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Bagi pertuduhan mengaku keahlian, Nik Mohd. Shalahuddin telah mengakui keahlian dengan cara melakukan upacara bai’ah dengan pemimpin Abu Hafs AL Hashimi Al-Qurashi sebagai khalifah pada 10 Jun 2024 di Kampung Senang, Kota Jembal, Kota Bharu.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa di bawah Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 40 tahun atau denda dan rampasan terhadap bahan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman tegas kepada tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam dan keselamatan negara.

Nik Mohd. Shalahuddin yang tidak diwakili peguam juga tidak mengemukakan sebarang rayuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Mahkamah kemudian menetapkan penjara 15 tahun bagi kesemua empat pertuduhan yang berjalan serentak dan hukuman itu bermula pada tarikh tangkapan pada 23 Jun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya