Penganggur didakwa edar ganja guna perkhidmatan kurier

Penganggur didakwa edar ganja guna perkhidmatan kurier

Pix TERTUDUH dibawa masuk ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes mengedar ganja menggunakan perkhidmatan kurier di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis, hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar ganja menggunakan perkhidmatan kurier, bulan lalu.  Tertuduh, Muhammad Naqiuddin Mohd Sahabuddin, 22, hanya mengangguk sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Naqiuddin didakwa melakukan kesalahan mengedar dadah jenis ganja seberat 2.26 kilogram (2,260 gram) pada 23 Januari lalu.  Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah syarikat kurier yang beroperasi sekitar kawasan Padang Besar. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 39B (1)(a)Akta Dadah…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya