Penduduk Terengganu ramai hidap kanser kolorektal, payudara

Penduduk Terengganu ramai hidap kanser kolorektal, payudara

KASEMANI Embong (tengah) melawat tapak pameran pada majlis Sambutan Hari Kanser Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Langkap, Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kanser kolorektal dan payudara adalah antara lima penyakit barah paling tinggi dihidap penduduk negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sebanyak 565 kes dicatatkan di seluruh negeri ini melibatkan dua kanser tersebut selain paru-paru, trakea dan bronkus,  leukemia serta tiroid.

Katanya, daripada jumlah tersebut, kanser kolorektal paling tinggi iaitu 18.4 peratus diikuti payudara (15.6 peratus), paru-paru, trakea dan bronkus (11.2 peratus), leukemia (5.5 peratus) serta kanser tiroid (5.1 peratus).

“Ia melibatkan 321 pesakit wanita manakala bakinya adalah lelaki yang mana mereka ini kebanyakannya dikesan menghidap kanser pada tahap tiga serta empat. 

“Pengesanan awal menjadi kunci dalam rawatan kanser yang mana kita sarankan orang ramai menjalani saringan kanser secara berkala bagi membolehkan rawatan awal dilakukan,” katanya pada Sambutan Hari Kanser Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Langkap, di sini hari ini. 

Kasemani berkata, rawatan awal sangat penting bagi meningkatkan peluang sembuh yang mana kemajuan dalam bidang perubatan membolehkan rawatan lebih efektif dengan kesan sampingan yang lebih rendah.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas gula-gula ‘gummy’ dianggarkan bernilai RM1,300 dalam serbuan di beberapa daerah sekitar negeri ini, baru-baru ini.

Katanyam rampasan itu dilakukan di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang hasil pemeriksaan dan pemantauan terhadap penjualan gula-gula itu. 

“Gula-gula yang melanggar pelabelan yang sepatutnya ada, kami membuat tindakan penguatkuasaan sama ada rampas atau kita kompaun,” katanya.

Menurutnya,  pemeriksaan terus dilakukan susulan  kes kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy Khamis lepas. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya