Penduduk Teluk Intan berdepan masalah tekanan air

Penduduk Teluk Intan berdepan masalah tekanan air

PENDUDUK mengambil air dari lori tangki di Kampung Bahagia di Teluk Intan, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Gangguan bekalan air yang berlaku sejak ming­gu lalu ekoran dua saluran paip bocor berhampiran Taman Bu­nga Raya Tapah belum pulih se­penuhnya apabila penduduk di beberapa kawasan di sini masih mengalami tekanan air yang rendah.

Selain menadah air yang perlahan daripada paip di rumah, penduduk masih mengharapkan bekalan air yang dihantar menggunakan lori tangki oleh Lembaga Air Perak (LAP).

Sebelum ini, Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, gangguan bekalan air itu melibatkan kira-kira 50,000 akaun pengguna Lembaga Air Perak (LAP) di Tapah, Bidor dan Teluk Intan

Bagi kawasan Hilir Perak me­libatkan Mukim Labu Kubong, Mukim Sungai Manik, Langkap, Chui Chak, Kampung Air Hitam, Changkat Jong, Jalan Padang Tembak, Kampung Banjar, Kampung Selabak, Kampung Bahagia, Jalan Maharajalela, Jalan Sultan Abdullah, Pekan Teluk Intan dan kawasan sekitarnya.

Penduduk di Taman Sri Bahagia yang terjejas, Hasliza Mohammad, 33, berkata, selain tekanan air rendah, dia berhadapan masalah terputus bekalan air sekali gus terpaksa bergantung kepada air disimpan dan dari lori tangki dihantar ke kawasan terjejas.

“Sebaik sahaja dimaklumkan berlaku gangguan air, saya terus simpan bekalan air. Saya bimbang tempoh gangguan air yang lama mengganggu urusan harian.

“Saya berharap bekalan air pulih segera kerana simpanan air semakin berkurangan apatah lagi kami ramai, tujuh orang sekeluarga,” katanya.

Penduduk di Simpang Empat, Haris Basiran, 70, berkata, rumahnya masih ada bekalan air paip tetapi mengalir perlahan dan sekurang-kurangnya membolehkannya menyimpan tadahan walaupun terpaksa menggunakan banyak bekas takungan.

Katanya, aliran air paip yang perlahan menyusahkan untuk kegunaan harian terutama pada musim cuti sekolah khususnya ketika anak cucu berkumpul di rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya