Penduduk dakwa etnik Rohingya semakin ramai

Penduduk dakwa etnik Rohingya semakin ramai

KAWASAN rumah sewa di Bagan Serai, Perak yang dipercayai menjadi tempat transit etnik Rohingya. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Bilangan etnik Rohingya yang semakin bertambah di kawasan Bagan Serai sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.

Antara kawasan yang terdapat etnik Rohingya ialah Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, Teluk Medan, Batu 8 Bagan Serai, Kuala Kurau, dan Tanjung Piandang,

Tinjauan mendapati, kawasan di Batu 8 di sini juga menjadi penempatan etnik itu yang menyewa rumah di situ.

Status mereka juga tidak dapat disahkan walaupun mendakwa mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)

Difahamkan pada mulanya, terdapat empat warga Rohingya menyewa di kawasan tersebut namun, jumlah mereka semakin meningkat dan kini mereka menyewa tujuh buah rumah dengan lebih 60 orang penghuni.

Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa, mereka sering membuat bising dari pagi hingga malam. Suara mereka kuat, bising tanpa mengira waktu dan ini mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

“Kadang-kadang hanya ketika mereka tidur, barulah kawasan menjadi sunyi,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Yang menghairankan penduduk, rumah sewa tersebut didiami oleh penghuni yang sering bertukar-tukar dalam tempoh sangat singkat, kebiasaannya selepas tengah malam.

Menurutnya, jumlah mereka yang semakin ramai juga menimbulkan tanda tanya kerana dikatakan hanya empat orang daripada mereka yang bekerja sebagai buruh pembinaan, sementara selebihnya hanya duduk di rumah.

“Kebanyakan penghuni di situ golongan wanita dan kanak-kanak. Ada yang datang dalam keadaan sarat mengandung, bahkan terdapat bayi yang baru lahir, dipercayai berusia dua hingga tiga bulan.

“Selepas beberapa minggu, mereka hilang dan diganti dengan orang lain. Kami tidak tahu ke mana mereka pergi,” dakwanya.

Berikutan keadaan itu, penduduk meminta Jabatan Imigresen memeriksa status warga asing itu untuk memastikan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Penduduk turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat pemeriksaan kenderaan yang dimiliki warga Rohingya sama ada mereka menggunakan nama warga tempatan untuk membeli kenderaan.

“Kami risau jika ada warga tempatan yang memberi kebenaran menggunakan nama mereka untuk membeli kenderaan. Ia memberi kemudahan kepada warga asing untuk memiliki kenderaan tanpa lesen memandu. Kami tidak mahu kejadian buruk berlaku terhadap penduduk tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya