Pendirian Malaysia kekal tidak memihak - Anwar 

Pendirian Malaysia kekal tidak memihak – Anwar 

ANWAR Ibrahim ketika berucap di Persidangan China Asia Tenggara 2025 anjuran South China Morning Post di sini hari ini - UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian negara adalah jelas dan kekal tidak memihak mahupun terlibat dalam persaingan kuasa besar. 

Sebagai negara anggota ASEAN, Anwar berkata, sebarang pemaksaan ekonomi dan tindakan unilateral yang merosakkan kestabilan serantau perlu ditolak. 

Perdana Menteri berkata, sokongan dan dokongan perlu diberikan terhadap sistem multilateral berasaskan peraturan yang memastikan keadilan, ketelusan dan perwakilan untuk semua, terutamanya bagi negara Global South.    

“ASEAN perlu memperluas penglibatannya di peringkat global selain hubungan dengan rakan kongsi tradisional.

“Hubungan dengan China, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) dan ekonomi-ekonomi yang baru muncul perlu diperkukuhkan. 

“Ini bukanlah bermaksud ASEAN perlu berpihak, sebaliknya, ia adalah tentang memastikan kerelevenan strategik ASEAN dalam dunia multipolar,” katanya pada ucaptama dalam Persidangan China Asia Tenggara 2025 anjuran South China Morning Post di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Naib Pengerusi, Chinese People’s Political Consultative Conference, C Y Leung; Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, John KC Lee dan Setiausaha Keadilan, Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Paul Lam Ting-kwok.

Anwar berkata, dengan mempelbagaikan perkongsiannya, ASEAN dapat meningkatkan ketahanan ekonominya, memanfaatkan peluang pelaburan baharu dan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membentuk rangka kerja tadbir urus global.

Global South merujuk kepada sekumpulan negara yang terletak di Hemisfera Selatan, yang sering dikaitkan dengan negara-negara berpendapatan rendah atau membangun. 

Ia merangkumi negara-negara di Afrika, Amerika Latin, Asia, dan Oceania yang secara sejarahnya menghadapi kolonialisme, cabaran ekonomi dan ketidaksamaan sosial. 

Global South biasanya dibandingkan dengan Global North, yang merangkumi negara-negara yang lebih kaya dan lebih perindustrian seperti terdapat di Amerika Utara, Eropah dan beberapa bahagian Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya