Pendakwah AS bertemu PM bincang gencatan senjata di Gaza 

Pendakwah AS bertemu PM bincang gencatan senjata di Gaza 

FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima empat kunjungan hormat, termasuk kunjungan daripada ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat (AS) berketurunan Palestin, Dr. Omar Suleiman yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat di Bangunan Parlimen.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Katanya, kedua-dua pihak turut membahaskan peranan Malaysia dalam menegakkan mesej Islam yang inklusif dan sederhana.

“Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha Malaysia melalui platform multilateral dalam program pembangunan semula Gaza yang kini sedang giat dirancang sebaik-baiknya,” katanya menerusi hantaran di media sosial, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya