Pendaki hilang di Gunung Yong Yap dijumpai di kebun getah - Utusan Malaysia

Pendaki hilang di Gunung Yong Yap dijumpai di kebun getah

PENDAKI, Ilhami Mohd. Idris yang dilaporkan hilang di Gunung Yong Yap semalam, dijumpai selamat dalam kebun getah di Kuala Mu, Sungai Siput hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seorang pendaki yang dilaporkan hilang di Gunung Yong Yap di sini semalam, ditemukan selamat di kawasan kebun getah di Kuala Mu pada pukul 10 pagi tadi.

Mangsa, Ilhami Mohd. Idris, 22, ditemukan oleh orang awam selepas 16 jam dilaporkan hilang ketika bersama 15 pendaki lain menuruni Kem Site Sungai Chinak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 11.42 malam.

Katanya, sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Berdasarkan maklumat, seorang lelaki hilang semasa menyertai pendakian Gunung Yong Yap melalui jalan Pos Kuala Mu. Ketua pendaki memaklumkan mangsa disedari hilang semasa membuat pemeriksaan selepas menuruni bukit di Kem Site Sungai Chinak pada pukul 6 petang.

“Pasukan pendaki bersama lima malim gunung telah membuat pencarian hingga ke puncak Gunung Yong Yap namun masih gagal menemui mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari mangsa dimulakan pada pukul 7.30 pagi tadi bersama agensi penyelamat lain namun mangsa berjaya dijumpai oleh orang awam.

“Mangsa yang ditemui selamat dibawa oleh orang awam kepada pihak bomba pada pukul 10.26 pagi,” katanya.

Untuk rekod, Gunung Yong Yap yang terletak bersempadan antara Perak dan Kelantan itu mempunyai ketinggian 2,167 meter dan merupakan antara tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia atau dikenali sebagai G7 dalam kalangan pendaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya